Domo-kun Cute

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 6, 2012

Kulit, tulang harimau dalam kotak pos

PEGAWAI kastam Thailand menunjukkan kulit dan tulang harimau yang dirampas dalam empat kotak, semalam.















 

 PEGAWAI kastam Thailand menunjukkan kulit dan tulang harimau yang dirampas dalam empat kotak, semalam.   


BANGKOK: Pegawai Kastam Thailand semalam merampas empat kotak mengandungi kulit dan tulang harimau yang diseludup bernilai beribu-ribu dollar yang dihantar melalui pos, dipercayai untuk dijadikan dekorasi hiasan dalaman.
Ketua Pengarah Kastam Diraja Thailand, Somchai Poolsawasdi berkata, bahagian badan lain harimau yang ditemui awal minggu ini, dipercayai datang dari Indonesia dan mungkin akan dihantar ke China.
“Ada empat kotak dan setiap kotak mengandungi satu kulit harimau, tulang dan tengkorak. Setiap kotak itu beratnya lima kilogram,” katanya.

Katanya, kesemua kotak itu dipercayai dihantar oleh kumpulan penyeludup melalui Mae Sai di utara Thai land dan sampai ke pejabat pos besar di Bangkok, di mana pegawai Kastam menerima maklumat itu.


“Cara mereka memproses harimau ini, saya rasa ia adalah untuk perabot ataupun hiasan,” katanya.

Kumpulan antipenyeludupan, Freeland, berkata, bahagian harimau itu bernilai kira-kira AS$60,000 (RM 188,760). - Bangkok Post

1 comment:

  1. pndai tupai melompat ,akhirnya jatuh ke tanah jugak

    ReplyDelete